Make your own free website on Tripod.com

Tamadun Yunani

Pengenalan

Latar Belakang Tamadun

Aspek-aspek Peningkatan Tamadun

Photo Album

 

 

Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean.Tamudun ini bermula dengan pembentulan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau polis.Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada sekitar tahun 1000-800S.M..Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan detiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar,kubu,kuil dan istana.

        Walaupun terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens,Sparta dan Corinth.Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan laut Mediterranean.Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan.Masyarakat dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu,walaupun begitu,peperangan sering berlaku antara negara-negara tersebut.